KOTA BHARU-Hanya kerana mencuri sekotak seluar dalam, seorang jururawat sebuah hospital dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya, minggu lalu.
Tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.
Mengikut pertuduhan, Zubaidah didakwa mencuri satu kotak seluar dalam
lelaki jenama Edwin, dua helai baju T lelaki jenama Polo, sehelai baju
perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, satu selipar dalam
rumah jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu
klip rambut jenama G-Style di pasar raya tersebut pada jam 2.30 petang.
Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut
Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum
10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan
pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak
RM4,500.Bagaimanapun Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon
supaya wang jaminannya dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan 30 April ini untuk sebutan kes.
ps- macam-macam hal la..harap-harap lepas ni tak berlaku dah kes macam ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan