Isnin, 2 April 2012

ARTIS MAIN PIJAK MUKA??



Pergh!!! Gila brutal bai minah ni. Nak mengamuk punya pasal, sampai dia sanggup pijak muka orang. Ingatkan setakat metafora je kata dia pijak muka.

Dalam peribahasa Melayu, pijak muka ni sama juga dengan perumpamaan Besar Kepala atau Meninggi Diri. Tapi, Si Artis ni pulak bukan jatuh dalam kategori tu.

Mungkin ada benda yang buat dia marah sampai tak ingat dunia sehingga dia buat tindakan tersebut kot. Kalau tidak, takkan la dia nak pijak muka orang.

Walau apa pun alasannya, Si Artis tu tak patut buat macam tu. Dia kena ikut cara Si Ketua Penipu tu yang tak simpan dendam dengan sesiapa yang KONONnya menganiaya dia.

Mungkin Si Ketua Penipu tu pun nak ikut jejak langkah Si Badrol tu kot. Dah kena belasah dengan 20 orang pun, masih dikira pemaaf sebab tak buat laporan Polis.

Dan mungkin sebab itu juga la Si Ketua Penipu tu tak ambik apa - apa tindakan terhadap individu yang mendedahkan video seks dia sebelum ini. Maklum la, pemaaf la katakan.



Patutnya, orang macam Si Ketua Penipu ni la yang perlu dipijak mukanya dengan tumit tinggi. Baru dia tahu sikit, langit tu tinggi ke rendah. Kalau setakat kemekkan kereta dia je, apa barang!!! Tak ada faedah pun buat macam tu!!!
KUALA LUMPUR: Seorang pengacara rancangan gosip popular berusia 28 tahun bertindak menyerang seorang wanita yang sedang meraikan hari lahir rakannya dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tingginya dalam kejadian awal pagi semalam. 
Akibat perbuatan pengacara wanita terbabit yang juga bergelar pelakon dan pernah membintangi beberapa siri drama serta telefilem itu bersama beberapa rakannya menyebabkan mangsa yang berusia 20-an cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Ampang (HA). 

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, semuanya bermula apabila mangsa meraikan hari lahir rakannya itu dihampiri seorang wanita tidak dikenali.

“Wanita terbabit bertanya kepada mangsa adakah dia dengan tidak sengaja terpukul atau melakukan kekasaran kepada sesiapa. Bingung dengan pertanyaan itu, mangsa menafikan dakwaan itu sebelum mendiamkan diri.




“Belum pun persoalan itu selesai, mangsa dihampiri seorang lelaki bertubuh sasa yang terus menampar mukanya menyebabkannya terjatuh,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan