Mawi ketika kejadian baru sahaja menghabiskan lawatan kerja bersama
media di Johor Bahru kira-kira jam 2 pagi sebelum menghabiskan masa
melayan anaknya, Cahaya Malaika sebelum masing-masing tidur sekitar jam 3
pagi.
Menurutnya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat dan isterinya,
Nora’Asikin Rahmat membuka pintu kerana menyangkakan ada kecemasan
ekoran neneknya Salmah Sahan, 77, tidur di bilik sebelah.
“Ekin buka pintu dan tidak menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku
sebelum terkejut diacukan parang ke leher oleh salah seorang daripada
tiga penjenayah yang berdiri di pintu bilik utama.
“Seorang daripada mereka sedang menggeledah bilik sebelah sementara
tiga lagi membawa nenek ke bilik kami dan mengikat kaki dan tangan saya,
isteri, nenek mertua dan ibu mertua, Fatimah Saad, 55 yang berada di
dalam bilik utama ketika itu,” katanya.
Mawi berkata, perompak tersebut merampas rantai emas yang dipakai
neneknya dan juga wang tunai serta empat telefon bimbit dianggarkan
kerugian yang dialami sekitar RM10,000.
Beliau berkata perompak kemudian melarikan diri menerusi tingkap di bahagian dapur.
Mawi, yang masih trauma dengan kejadian itu, berkata beliau dapat
menyelamatkan dirinya dan anggota keluarganya dengan membuka ikatan
menggunakan giginya.
"Selepas itu saya terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk membuat laporan," katanya.
Mawi berkata beliau beliau tidur lewat selepas pulang daripada promosi
Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Johor Baharu kira-kira
2 pagi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika berkata
kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan
bagi rompakan berkumpulan dan rompakan bersenjata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan