Rabu, 30 Januari 2013

Tengku Fiella Pula Tuntut Nazmi Mohon Maaf


KUALA LUMPUR – Selepas dituduh curang dan mempunyai hubungan dengan pemain bolak sepak negara Aidil Zafuan oleh bekas kekasihnya, Tengku Fiella menuntut Nazmi Faiz memohon maaf kepada dirinya pula.
Tuntutan itu dibuat berikutan kata-kata yang dilemparkan oleh Nazmi kepada Fiella menerusi laman Twitternya telah mengaibkan diri gadis tersebut.
Baru-baru ini, kecoh dalam arena bola sepak apabila Nazmi mengeluarkan kenyataan bahawa bekas kekasihnya itu mempunyai hubungan sulit dengan Aidil.
Menerusi laporan Harian Metro, Fiella sendiri tidak mengetahui motif utama Nazmi berbuat demikian.
“Saya mahu dia mohon maaf secara terbuka kerana mengaibkan saya. Saya tidak tahu kenapa Nazmi bertindak begitu (menuduhnya menjalin hubungan dengan Aidil),” kata Fiella.
Fiella berpendapat, Nazmi mungkin mengalami tekanan perasaan kerana keseorangan di Portugal.
“Mungkin dia tertekan keseorangan di Portugal dan teringin sangat pulang ke Malaysia.
“Dia pernah beritahu saya dia kecewa apabila tidak dapat pulang ke negara ini ketika cuti Krismas lalu,” katanya.
Selepas tuduhan itu dibuat, Nazmi telah memohon maaf di laman Twitternya sendiri setelah dituntut untuk berbuat demikian oleh Aidil.
Ini kerana, Aidil menjelaskan dia tidak ada kaitan dengan cerita yang dilemparkan oleh Nazmi.
Menerangkan keadaan yang berlaku dalam hubungan mereka yang sudah berakhir itu, Fiella memberitahu Nazmi adalah seorang yang kuat cemburu.
Justeru, tidak hairanlah Nazmi suka menuduh Fiella dengan perkara-perkara yang tidak benar.
“Nazmi kuat cemburu. Sebelum ini, Johan Asaari pernah menghantar Twitter kepada saya mengucapkan selamat hari lahir dan Nazmi terus menuduh saya ada hubungan dengan Johan.
“Selepas itu dia tuduh pula saya ada hubungan dengan Aidil sedangkan saya hanya mengenali Aidil sebagai pemain bola sepak, langsung tidak pernah berhubung dengannya,” terang Fiella.
Penghujung tahun lalu juga, kecoh di laman Twitter apabila Nazmi memuat naik status memberitahu kepada umum bahawa Fiella adalah seorang kaki kikis.
Namun, Nazmi tampil memohon maaf dan memberitahu laman Twitternya telah digodam oleh pihak seseorang.

1 ulasan:

  1. Lihat BUKTI jelas kenapa kami BERSARA awal dari UMNO...

    BUKTI 1
    BUKTI 2
    BUKTI 3
    BUKTI 4

    Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

    Adik2 semua jgn bersangka buruk kpd kawan2 yg berada di kem Barisan Nasional.... Mereka mungkin terpaksa menurut desakan mak ayah atau sapa2... Tapi takpa.. Jangan risau, mereka tetap akan undi Pakatan Rakyat ( Pesan awal2 kat mereka. Kita tiada pilihan )... Undi adalah rahsia.. Kita tentukan..

    Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di Facebook


    Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah.... Ok. TKasih :-)
    http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
    http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
    http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
    http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
    http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6

    BalasPadam