Jumaat, 4 Mei 2012

Bersih 3.0: Provokasi Anwar!


Sejarah merekodkan dalam kebanyakan demonstrasi jalanan di negara kita tonggak utamanya tidak dapat tidak, pasti adanya kelibat seorang munafik dan musibat bernama Anwar Ibrahim samaada melibatkan pembabitannya secara langsung mahupun sebaliknya.
Baik ketika Anwar berstatus pelajar UM (Demonstrasi Baling 70-an), Rusuhan Reformasi 90-an, Rusuhan Bersih 2.0 tahun 2011 mahupun rusuhan Bersih 3.0, kesemuanya membabitkan peranan Anwar Ibrahim sebagai tukang provokasi yang berjaya menyemarakkan semangat amuk dalam jiwa peserta demonstrasi.
Malah semasa Anwar berada dalam kerajaan pun, satu insiden demonstrasi ganas menentang persidangan berkaitan Timor Timur (Timor Leste) pernah juga berlaku yang mana ia diketuai oleh rakan rapat Anwar Ibrahim, Saifudin Nasution yang sekarang ini adalah Setiausaha PKR merangkap Ahli Parlimen PKR Machang.
Turut sama aktif dalam bantahan tersebut ialah seorang lagi sahabat Anwar, Abdul Rahim Ghouse. Rentetan dari eksiden tersebut Anwar meraih populariti dikalangan orang Melayu Islam, satu keadaan yang cukup kuat untuk dikaitkan dengan ‘tangan’ Anwar yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.
Dalam kes Bersih 3.0 yang sebenarnya lebih sesuai digelar sebagai Kotor 3.0, perlanggaran undang-undang dan rempuhan penghadang polis berlaku sebaik sahaja Anwar dan Azmin Ali selesai berbalas isyarat.
Menurut beberapa laporan media pula, semasa Anwar menyampaikan ucapan di Masjid Negara beberapa kenyataan untuk ‘memerdekakan’ Dataran Merdeka juga kedengaran yang kemudiannya disambut dengan laungan bersemangat daripada peserta demonstrasi.
Provokasi yang jelas matlamatnya ke arah mendorong peserta Bersih 3.0 memfokuskan kepada usaha menceroboh Dataran Merdeka sekalipun telah wujud arahan mahkamah yang melarangnya.
“Kita akan ke Dataran dan merdekakan dataran kita hari ini”- Anwar ibrahim, 28 April 2012
Manakala peranan anggota Unit Amal Pas selain menjadi tukang kawal keselamatan pemimpin pro lgbt, mereka juga memainkan peranan sebagai antara peserta awal yang mengetuai rempuhan sekatan polis ketika di KLCC dan terlibat secara langsung mencabut penghadang jalan di Dataran Merdeka.
Perhimpunan yang kononnya mahu di adakan secara aman dengan janji tidak akan menceroboh kawasan yang di pertahankan oleh pihak polis dan FRU akhirnya bertukar menjadi kacau bilau dek kerana provokasi Anwar dan tindakan bodoh unit Amal Pas yang mahu berlagak hero.
Bila FRU bertindakbalas dan polis mula mengambil tindakan tegas mempertahankan arahan mahkamah demi keutuhan undang-undang, pembangkang mula bising seolah-olah polis dan FRU pula yang mesti berlembut dengan perlanggaran undang-undang yang dimulakan oleh peserta Bersih 3.0 dan Unit Amal Pas.
Pun begitu kita tidak menolak kenyataan masih ada segelintir anggota Unit Amal Pas yang teguh berpegang pada matlamat asal menjaga tertib peserta demonstrasi.
Bagaimanapun penafian pemimpin Pas kononnya anggota Unit Amal Pas langsung tidak terbabit melakukan jenayah pelanggaran undang-undang tetap satu kenyataan politik kerana bukti video & gambar yang direkodkan membuktikan sebaliknya.
Apa nak dihairankan dengan dengan penafian mereka, sejarah telah acapkali membuktikan Pas mahupun Anwar cukup bijak membakar semangak khalayak di masa yang berlainan mereka juga gemar bermain silat kata terutama dalam hal mengelak bebanan tanggungjawab.
Saksikan sedutan rakaman video berikut yang menceritakan segalanya.

1 ulasan:

  1. Salam Perjuangan
    Mohon tumpang berjuang melalui pautan blog
    http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

    BalasPadam