Isnin, 13 Ogos 2012

Orang Jerantut Bangga dengan Kedai Rakyat 1 Malaysia


KR1M Jerantut dilokasi yang strategik

Jerantut - Kedai Rakyat 1 Malaysia telah memulakan operasinya sejak dari 27hb. Julai 2012 lalu. Semenjak ianya dibuka sambutan yang diterima sangat menggalakan dan kita percaya bahawa KR1M Jerantut ini akan dapat menyaingi pasarraya-pasarraya yang sedia ada kerana menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Jerantut merupakan sebuah pekan yang sangat pesat membangun di negeri Pahang berikutan warga beberapa tanah rancangan FELDA menjadikan Jerantut sebagai pekan untuk berbelanja dan membeli belah. Kerana itu tidak hairanlah apabila di Jerantut pasaraya-pasaraya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Antara pasaraya yang ada disini adalah TF Mart, Tunas Manja, Aktif (2 cawangan) serta terbaru Classic. Ini adalah satu petanda bahawa perkembang perniagaan sedang berlaku dengan pesatnya serta kemakmuran rakyat terutama para peneroka FELDA yang semakin meningkat taraf hidupnya.
Kita sangat percaya bahawa KR1M Jerantut akan terus maju disamping dapat membantu rakyat dalam menghadapi dan menangani kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini. Dimaklumkan juga bahawa KR1M Maran akan membuka cawangannya pada hari ini. Nyata bahawa kerajaan bersungguh-sungguh membantu rakyat dalam segala hal dan '1 Malaysia' bukanlah hanya satu slogan.
Pandangan menarik dari luar
Dibuka dari 7.00 pagi hingga 11.00 malam
Sebahagian pekerja menyusun-atur barang-barang
Barangan 'frozen' juga turut dijual

Tersusun - memudahkan dan menarik hati pembeli
Pengunjung beratur untuk membuat pembayaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan