PETALING JAYA:
Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam
terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah
satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada
seorang anak.
Neelofa atau
nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati
dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti
Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.
"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.
"Selama ini
pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau
nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa
sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.
"Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," katanya yang dihubungi mStar online di sini, Isnin.
Ahad lalu,
sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap
sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan
filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.
Dalam
artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran
watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.
Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada
16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia
berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah.
Sementara
itu, Yusof yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia tiada
niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak
sendiri.
Sebaliknya kenyataan tersebut dibuat ketika beliau “berborak kosong” dengan wartawan akhbar berkenaan.
"Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan.
"Mengenai
teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau
memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar
bintang. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya
tegurlah.
"Diharap,
teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja
Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima
teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan