Wow!
Itulah yang boleh penulis simpulkan mengenai kehebatan drama Vanila Coklat yang telah pun habis siarannya di TV3.
Difahamkan, drama 13 episod itu mencatatkan rating antara yang tertinggi setakat ini.
Vanila Coklat mengisahkan Amir dan Zara yang berkahwin atas desakan keluarga.
Perkahwinan itu mendapat tentangan tapi terpaksa diteruskan selepas bapa Aamir berpura-pura sakit jantung.
Selain Izara Aishah dan Aiman Hakim, drama menarik ini turut
dibintangi Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Liza
Abdullah dan Zuhairi.
Vanila Coklat bersiaran di TV3 setiap Selasa, jam 9 malam sejak 20 Disember lalu.
Dan semalam hampir 300 peminat drama Vanila Coklat berkumpul di
Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini untuk menyaksikan episod
terakhir siri itu.
Pada majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan pembuka tirai oleh Aepul daripada kumpulan Drama.
Dalam pada itu, rata-rata peminat yang ditemui menyatakan rasa seronok dan gembira dapat bertemu dengan artis pujaan mereka.
Malah, selepas habis tayangan episod akhir drama itu, peminat
menyerbu semua pelakon terlibat untuk merakamkan gambar bersama para
pelakon siri tersebut.
Syabas kepada pengarah, penulis skrip, pelakon dan semua yang terlibat dalam menghasilkan drama berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan