ESSEX: Seorang budak sekolah maut di padang permainan semalam, selepas dadanya terkena bola ragbi, lapor media tempatan.
Leonie Nice dikatakan cuba menangkap bola berkenaan yang dilontar rakannya ketika mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani.
Bagaimanapun, akibat hentakan kuat bola itu di dadanya, Leonie, 12, rebah dan sukar bernafas.
Pelajar dan guru di Sekolah Woodlands di Basildon, Essex, melihat
bagaimana paramedik bertungkus-lumus menyelamatkan Leonie tetapi usaha
itu gagal.
Kejadian itu berlaku dua minggu selepas seorang budak lelaki terbunuh akibat terkena bola kriket. Sumber berkata, semua pelajar dan kakitangan di sekolah itu sedih dengan kematian rakan mereka itu.
Kata sumber itu, tiada sesiapa yang mampu berkata-kata kerana mereka sangat terkejut dengan kejadian itu.
“Satu-satunya bunyi yang kedengaran di padang permainan ketika waktu
rehat tengah hari adalah tangisan kanak-kanak yang meratapi kehilangan
rakan mereka,” katanya. - TS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan