SALIMA (Malawi) – Polis di negara ini menahan seorang lelaki berusia
24 tahun selepas dia cuba menjual kemaluan seorang lelaki berusia 45
tahun yang baru dipotong.
Polis di Lakeshore, di daerah Salima berkata, mereka menerima
panggilan mengenai seorang lelaki yang terlantar berlumuran darah dan
tidak sedarkan diri bersebelahan landasan kereta api hujung minggu lalu.
Namun, ketika lelaki itu dimasukkan ke hospital, doktor terkejut
apabila mendapat tahu kemaluannya sudah hilang, lapor media tempatan.
Ketua polis Salima, Foster Mangani berkata, polis dihubungi supaya ke
sebuah motel di mana pemiliknya melaporkan seorang tetamu cuba menjual
kemaluan kepadanya dengan harga AS$360 (RM1,080).
“Kami segera bergegas ke motel berkenaan dan menahan suspek. Kami turut menemui organ sulit itu,” katanya kepada akhbar Nyasa Times. Polis mengenali identiti suspek sebagai Samuel Banda.
Gambarnya disiarkan akhbar bersama organ sulit yang sudah putus dan dibungkus dalam kertas putih. – DM
Ps- Macam-macam hal la sekarang ni. Jangan terjadi di Malaysia dah la..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan