Isnin, 12 Mac 2012

SPRM JALANKAN SIASATAN PENULIS BLOG RAJA PETRA!


Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin tentang pemberian projek oleh kerajaan negeri Selangor secara rundingan terus dan bukan tender terbuka sejak 2008.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, SPRM perlu melakukan siasatan segera bagi memastikan proses pemberian tender secara rundingan terus di negeri itu tidak berlaku lagi.

"Siasatan pantas itu penting kerana kita tidak boleh tunggu lebih lama nanti lebih ramai rakyat Selangor yang akan tertipu.

"Pemberian tender secara terbuka dan tanpa rundingan itu menunjukkan kerajaan Selangor cakap tak serupa bikin serta bertentangan dengan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan