KUANTAN - Sanggup merentasi ratusan kilometer dari Utara, seorang remaja bawah umur sanggup menebalkan mukanya meraih simpati menjual cakera padat (CD) agama di hadapan premis bank di bandar ini sejak dua hari lalu demi membantu anak yatim.
Remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai berasal dari Yan, Kedah
mendakwa dirinya pelajar tahfiz di Alor Setar, Kedah ditemui ketika
berlegar-legar menjual CD terbabit di hadapan sebuah premis bank
terkenal di Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam.
Dengan membawa CD tersebut, remaja itu menyapa pengguna bank terbabit
dan menyerahkan resit tertera nama pusat tahfiz tersebut pada mereka
yang membelinya.
Mendakwa hasil jualan CD terbabit untuk didermakan pada anak yatim dan
golongan memerlukan, remaja itu memberitahu, dia dan 12 rakannya
dihantar tenaga pengajar mereka ke premis bank berlainan setiap hari.
Menurutnyanya, dia dihantar ke premis bank terbabit pada jam 1 petang
dan dijemput kembali oleh tenaga pengajarnya pada jam 5 petang dan
mereka ditempatkan di sebuah rumah di Beserah di sini.
“Pada waktu pagi, kami akan belajar bersama-sama dan petangnya kami
membuat aktiviti ini dan saya sudah biasa melakukannya sejak kecil.
Sebelum ini saya ke Kuala Lumpur selama dua minggu dan antara destinasi
yang sudah dikunjungi termasuklah Kelantan, Johor Bahru.
“Saya sudah lali dengan kerja sebegini dan mula memasuki pusat tahfiz
ini sejak berusia 7 tahun dan tiga lagi adik-beradik turut belajar
sama,” katanya.
Ditanya hasil jualannya, dia mendakwa boleh memperolehi hingga RM100
dan bergantung pada nasib dengan menjual CD terbabit sebanyak RM20
sekeping.
Katanya, tugas tersebut dijalankan dengan sukarela dan memberitahu tidak takut ketika berhadapan orang ramai.
Ditanya sama ada dia tidak cemburu melihat rakan sebaya dapat bersama
keluarga dan rakan lain, remaja itu memberitahu, dia tidak cemburu malah
yakin dengan aktivitinya itu adalah tugas mulia membantu mereka yang
memerlukan.
Sementara itu, dua Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang
dan Norbaini Abu Bakar memberitahu, mereka menemui remaja itu ketika
berkunjung ke bank tersebut kira-kira jam 3 petang.
Norbaini berkata, sebelum itu dia ada melihat remaja terbabit di
hadapan premis bank lain di Jalan Beserah di sini dan menjelaskan
tinda-kan tersebut melanggar undang-undang kerana di bawah umur dan
tidak memiliki surat kebenaran.
“Atas kesedaran, kita menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
dan menyerahkan remaja ini pada pihak yang bertanggungjawab,” katanya.
Dalam pada itu, kakitangan JKM yang menahan remaja itu tidak dapat
mengulas lanjut namun memberitahu, remaja terbabit akan diletakkan di
sebuah rumah perlindungan di sini sebelum menunggu siasatan sepenuhnya
dijalankan.
apa salahnya mereka menjual cd agama tersebut demi membantu anak2 yatim? rezeki yang halal. balik ke asrama menghafaz al-quran, lagipun umat islam digalakkan berniaga. cuma mereka masih tidak dapat lesen, mohon kerajaan benarkan mereka berniaga.
BalasPadamkita balik rumah bakhil dengan harta, sedangkan mereka membela anak yatim dan paling penting menghafaz al-quran. kita ada hafaz al quran?
demi Allah saya tiada unsur politik.
kesian
BalasPadam