Alam
Flora Sdn Bhd berharap kerajaan Selangor pimpinan PKR akan menyertai
semula skim penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam kerana
ia jelas meningkatkan kualiti perkhidmatan. Ketua Pegawai Eksekutifnya
Mohd Zain Hassan berkata skim itu mampu mewujudkan keseragaman dalam
kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri ini.
"Dengan
menyertai skim ini, barulah ada keselarasan dalam kerja pengurusan sisa
pepejal dan pembersihan awam di bandar mahupun luar bandar yang dapat
mewujudkan suasana persekitaran bersih,"
Kerajaan
Selangor mengambil keputusan untuk tidak menyertai penswastaan kutipan
sisa pepejal dan pembersihan awam menerusi Alam Flora bermula Oktober
tahun lepas.
Mohd
Zain berkata beliau ada menerima aduan daripada sebilangan penduduk di
Selangor baru-baru ini melalui pelbagai saluran berhubung masalah
kutipan sampah domestik dan pembersihan longkang.
"Ada
penduduk merungut sampah hanya dikutip di kawasan perumahan mereka
sekali dalam seminggu berbanding tiga kali sebelum ini," katanya.
Mohd
Zain turut mendakwa kerajaan Selangor masih berhutang sebanyak RM24
juta kepada Alam Flora sejak menamatkan operasi syarikat itu. Beliau
juga berkata Alam Flora dalam proses memberikan lebih 380,000 tong
sampah beroda secara percuma kepada penduduk yang tinggal di Kuala
Lumpur, Putrajaya, Kuantan dan Pekan.
Mengenai
majlis hari ini, Mohd Zain berkata 92 syarikat kontraktor tempatan
memeterai perjanjian kontrak perkhidmatan dengan Alam Flora bagi
menjalankan kerja-kerja kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang. Syarikat-syarikat dilantik
menjalankan kerja-kerja kutipan sisa domestik menandatangani perjanjian
selama tujuh tahun bersama Alam Flora bermula 1 Sept 2011 hingga 31 Ogos
2018.
Manakala,
perjanjian selama dua tahun ditandatangani oleh syarikat-syarikat 0yang
menjalankan pembersihan awam bermula 1 September 2011 hingga 31 Ogos
2013, katanya.
Nota
KGC- Bandingkan apa yang telah dan akan Alam Flora lakukan untuk
kesejahteraann rakyat dan fikirkan apa yang telah kerajaan Selangor
lakukan untuk masalah sampah selain daripada menghabiskan duit rakyat
dengan membeli 50 biji kompaktor anggaran bernilai 250 ribu sebuah.
Berbaloi ke? Fikirkan Bersama
DI SINI DETAIL
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam