KUALA LUMPUR – Sebuah rakaman video yang sangat tragis telah
dimuat naik ke laman Youtube yang menyaksikan seorang pegawai polis
trafik yang sedang bertugas telah dilanggar oleh sebuah bas yang
bergerak laju.
Insiden yang dipercayai berlaku di Johor Bahru itu difahamkan telah meragut nyawa mangsa.
Salah seorang pelayar Youtube yang menggunakan nama samaran
masihteguhberdiri memberitahu bahawa identiti anggota trafik yang malang
itu ialah Koperal Ismayuddin Ismail dan telah meninggal dunia
disebabkan kemalangan tersebut.
“Arwah yang dimaksudkan bernama Koperal Ismayuddin Ismail, berusia 50
tahun. Mari kita ramai2 sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan mendoakan
semoga pemandu bas tersebut dihukum dengan berat,” komennya di ruangan
bawah video Youtube itu.
Sementara itu, difahamkan juga bahawa pemandu bas yang
bertanggungjawab melanggar Allahyarham Ismayuddin telah ditahan sebelum
dilepaskan kemudiaannya dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 sehingga
menunggu perbicaraan pada 24 April ini.
Mungkin selama ini ramai di kalangan masyarakat sering memaki hamun
para pegawai polis trafik yang bertugas dengan pelbagai kata-kata kesat
kerana disaman setelah melakukan kesalahan di jalanraya.
Namun apa yang masyarakat terlupa bahawa para anggota trafik di
seluruh negara dibayar gaji untuk menunaikan amanah tersebut dan
terpaksa bersabung nyawa berkhidmat kepada rakyat negara ini selain
mencari ‘sesuap nasi’ untuk anak serta isteri masing-masing.
Tidak dinafikan bahawa ada segelintir dari mereka yang dibuktikan
menyalahguna kuasa dan menerima rasuah dari pesalah trafik, namun
wajarkah kita menabur persepsi buruk terhadap semua anggota trafik di
negara ini?
Cuba bayangkan perasaan kita jika ayah, abang, ibu, kakak atau
saudara mara yang kita sayangi bertugas sebagai anggota trafik dimaki
hamun ‘sesedap rasa’ sedangkan mereka hanya menjalankan tugas mereka
yang diamanahkan?
Gembira? Suka? Sedih? Kecewa? Malu? Atau apa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan