Seperti biasa, kalau setiap hujung
minggu kebanyakan akhbar akan menyisipkan sekali naskhah hiburan untuk
pembaca. Ada kandungan yang ok, ada kandungan yang tidak senang untuk
dilihat. Yang kadang-kadang kami terfikir sejenak, mereka nak jual
akhbar atau nak mempertaruhkan tubuh badan artis Malaysia seksi atas nama untuk menarik perhatian pembaca seterusnya meraih keutnungan yang berlipat kali ganda?
- Kenapa semacam tiada tindakan yang serius daripada pihak berkuasa ke atas gejala ini? Kenapa?
- Gejala seperti ini masih belum serius lagikah?
- Adakah kita mahu terus menunggu dan menunggu sehingga artis Malaysia sudah berani berbogel barulah kita akan mula melatah? Adakah sampai begitu sekali tahap “timbang rasa” yang perlu”dibayar” oleh masyarakat Malaysia hari ini?
Pihak media sebenarnya sudah pernah mengeluarkan berita ini sekitar setahun yang lepas, bertajuk Artis Malaysia di Anugerah Skrin 2010 Berpakaian Tidak Senonoh? Walaubagaimanapun,
sejak akhir-akhir ini artis Malaysia seksi semakin berleluasa, pakai
pakaian yang tak cukup kain ibarat seperti berada di “zaman batu”.
Akhirnya penampilan kelompok artis Malaysia seperti ini
dipertontonkan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau
muda, kaya atau miskin, tinggal di bandar atau luar bandar. Semuanya
dapat “merasa”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan