Isnin, 12 Mac 2012

PEPALIH!! LIM GUAN ENG LEBIH-LEBIH PULAK SURUH SHAHRIZAT KELUAR UMNO!!


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini, perlu melepaskan semua jawatan termasuk sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jawatan itu perlu dilepaskan sekiranya Shahrizat benar-benar membuktikan keikhlasan tindakannya selepas terpalit dengan isu skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Guan Eng mempersoalkan tindakan Shahrizat yang hanya mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan dan mahu terus kekal dalam politik.

"Jika ingin melepaskan jawatan, beliau perlu meletakkan semuanya, termasuk Ketua Wanita Umno.

"Sepatutnya hanya dua pilihan, sama ada beliau berundur bagi semua jawatan ataupun tidak letak jawatan langsung.

"Tapi dengan hanya letak jawatan sebagai menteri tetapi tidak dalam politik menunjukkan ia sekadar berundur separuh jalan," katanya," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Guan Eng  yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Shahrizat sepatutnya tidak berundur daripada kedudukannya sekarang jika beliau tidak terlibat dalam skandal tersebut.



ps: Lim guan ni dah bengkok akal ke? apsal tak suruh nuar yg skandal video seks letak jawatan? apsal Mat sabu khalwat tak letak jawatan? Elizebeth yang skandal lucah tak letak jawatan? apsal Badrul Amin ditangkap Khalwat tak letak jawatan? bagang!!! macam bagus je Lim lu ni kan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan