Sebuah laman web, moillusions.com misalnya menyiarkan beberapa keping
gambar yang menyaksikan beberapa orang wanita yang mengenakan pakaian
yang jarang (transparent) dan “menampakkan” seluar dalam yang dipakai.
Namun sebenarnya, apa yang anda dapat lihat itu bukan pakaian
dalam sebenar mereka. Ia adalah gambar yang dilukis di atas skrit atau
seluar yang dikenakan mereka.
Yang menghairankan, wanita-wanita itu sanggup mengayakan fesyen ‘terlampau’ di khalayak ramai tanpa segan silu!
Penulis terbayang apakah akan reaksi masyarakat di negara ini
sekiranya fesyen-fesyen sebegini berjaya menembusi pasaran tempatan.
Tergamakkah kita melihat ibu, kakak, adik perempuan atau saudara mara perempuan kita berpakaian sebegitu?
Atau paling tidak pun, apa pula reaksi para pelajar sekiranya
pensyarah mereka mengenakan jeans yang “transparent” ketika di dewan
kuliah?
Berikut adalah beberapa keping gambar fesyen ‘terlampau’ yang penulis maksudkan; - Mynewshub.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan