Ahad, 18 Mac 2012

SELEBRITI HOT!! Artis Malaysia Seksi Semakin Berani & Terus Diberikan “Perlindungan”?


Seperti biasa, kalau setiap hujung minggu kebanyakan akhbar akan menyisipkan sekali naskhah hiburan untuk pembaca. Ada kandungan yang ok, ada kandungan yang tidak senang untuk dilihat. Yang kadang-kadang kami terfikir sejenak, mereka nak jual akhbar atau nak mempertaruhkan tubuh badan artis Malaysia seksi atas nama untuk menarik perhatian pembaca seterusnya meraih keutnungan yang berlipat kali ganda?
  • Kenapa semacam tiada tindakan yang serius daripada pihak berkuasa ke atas gejala ini? Kenapa?
  • Gejala seperti ini masih belum serius lagikah?
  • Adakah kita mahu terus menunggu dan menunggu sehingga artis Malaysia sudah berani berbogel barulah kita akan mula melatah? Adakah sampai begitu sekali tahap “timbang rasa” yang perlu”dibayar” oleh masyarakat Malaysia hari ini?
Pihak media sebenarnya sudah pernah mengeluarkan berita ini sekitar setahun yang lepas, bertajuk Artis Malaysia di Anugerah Skrin 2010 Berpakaian Tidak Senonoh? Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini artis Malaysia seksi semakin berleluasa, pakai pakaian yang tak cukup kain ibarat seperti berada di “zaman batu”. Akhirnya  penampilan kelompok artis Malaysia seperti ini  dipertontonkan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, tinggal di bandar atau luar bandar. Semuanya dapat “merasa”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan