KUALA LUMPUR – Selepas dituduh curang 
dan mempunyai hubungan dengan pemain bolak sepak negara Aidil Zafuan 
oleh bekas kekasihnya, Tengku Fiella menuntut Nazmi Faiz memohon maaf 
kepada dirinya pula.
Tuntutan itu dibuat berikutan kata-kata 
yang dilemparkan oleh Nazmi kepada Fiella menerusi laman Twitternya 
telah mengaibkan diri gadis tersebut.
Baru-baru ini, kecoh dalam arena bola 
sepak apabila Nazmi mengeluarkan kenyataan bahawa bekas kekasihnya itu 
mempunyai hubungan sulit dengan Aidil.
Menerusi laporan Harian Metro, Fiella sendiri tidak mengetahui motif utama Nazmi berbuat demikian.
“Saya mahu dia mohon maaf secara
 terbuka kerana mengaibkan saya. Saya tidak tahu kenapa Nazmi bertindak 
begitu (menuduhnya menjalin hubungan dengan Aidil),” kata Fiella.
Fiella berpendapat, Nazmi mungkin mengalami tekanan perasaan kerana keseorangan di Portugal.
“Mungkin dia tertekan keseorangan di Portugal dan teringin sangat pulang ke Malaysia.
“Dia pernah beritahu saya dia kecewa apabila tidak dapat pulang ke negara ini ketika cuti Krismas lalu,” katanya.
Selepas tuduhan itu dibuat, Nazmi telah 
memohon maaf di laman Twitternya sendiri setelah dituntut untuk berbuat 
demikian oleh Aidil.
Ini kerana, Aidil menjelaskan dia tidak ada kaitan dengan cerita yang dilemparkan oleh Nazmi.
Menerangkan keadaan yang berlaku dalam 
hubungan mereka yang sudah berakhir itu, Fiella memberitahu Nazmi adalah
 seorang yang kuat cemburu.
Justeru, tidak hairanlah Nazmi suka menuduh Fiella dengan perkara-perkara yang tidak benar.
“Nazmi kuat cemburu. Sebelum ini, Johan 
Asaari pernah menghantar Twitter kepada saya mengucapkan selamat hari 
lahir dan Nazmi terus menuduh saya ada hubungan dengan Johan.
“Selepas itu dia tuduh pula saya ada 
hubungan dengan Aidil sedangkan saya hanya mengenali Aidil sebagai 
pemain bola sepak, langsung tidak pernah berhubung dengannya,” terang 
Fiella.
Penghujung tahun lalu juga, kecoh di 
laman Twitter apabila Nazmi memuat naik status memberitahu kepada umum 
bahawa Fiella adalah seorang kaki kikis.
Namun, Nazmi tampil memohon maaf dan memberitahu laman Twitternya telah digodam oleh pihak seseorang.
 
 

 

